Nama gamelan berasal
dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu
dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang
tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara
ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara
berkumpulan.
Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.
Alat-Alat Gamelan Malaysia
1.Bonang


A [ 6 5 3 2 1 ]
--------------------
B [ 1 2 3 5 6 ]
Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang
laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras pelog yang
berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza
nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada
tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tanga,
masing-masing memgang alat pemukul.
2. Gambang


Not pada alat kenong:
1 2 3 5 6 --------------------------
Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang
diperbuat daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang
nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping kayu berbentuk
4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan
kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya
dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.
Pemain memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau (
pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut
dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara
permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara
serentak mengikut not-not lagu Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana
bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada
logam.
3. Kenong


Kenong adalah sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.
4. Saron
Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang
diperbuat daripada perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan
disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak
berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus
bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan. Bilahan bagi alat saron
lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.
i. Saron Demong

Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut.

Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut.
ii. Saron Penerus

Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.
iii. Saron Pekin


5. Gong


Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia
Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam
essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz
untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama
mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk
mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di
seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik
tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya
adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari
Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan
'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada
permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
6.Gendang(The leader of music gamelan instruments)


Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam
setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi
tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri
yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone.
Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit.
Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang
merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama
dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.
Komposisi Gendang:
· Diperbuat daripada kayu,kulit binatang dan tumbuhan
rotan.
· Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau
batang cempedak.
· Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana
besar.
· Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya,
hinggga tinggal bahagian kulit batang setebal lebih kurang setengah inci.
· Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah dan dikecilkan
sedikit dari bahagian tengah dan bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi
hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bahagian tengahnya.
· Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang
sama ada kulit kambing, lembu atau kerbau.
· Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik
sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.
· Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat
rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan.
· Antara rotan -rotan ini dikaitsilangkan dengan tali
rotan.Fungsi Gendang
Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian
baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan
memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk
diberi notasi.
No comments:
Post a Comment