Saturday, August 22, 2015

Sejarah Gamelan :)

Muzik gamelan dikatakan telah wujud semenjak T.M.1. Alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda seseuatu upacara atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman pemenrintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunah (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.

         Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Dianataranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Berunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke lain tempat tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.

Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.


GAMELAN JOHOR/GAMELAN JAWA:


Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati 



digunakan bagi mengiringi Riog. Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan jenis ini boleh di dapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyar sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembhan istana.

GAMELAN TERENGGANU


Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.

Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

Notasi lagu Topeng :)

Topeng
.6 .6 66 | .6 .6 66 | -653 | 5356
-653 | 3 32 12 3 | -335 | 6532
-212 | 1235 | -535 | 6532
2653 | 6532 | 2123 | 6656

Notasi lagu Perang Manggong :)

Perang Manggong

-66- | 6 12 32 1 | -121 | 2 12 32 1
-121 | 2 12 12 3 | 5321 | 2356
-66- | 6635 | 6532 | 2356
i653 | 2212 | -665 | 356i
-i65 | 6532 | 3211 | 6656

Notasi lagu Ayak-ayak :)

Ayak-ayak
|: .5 35 6 | 6635 | 6532 | 3235 :|
.6  66- | 6656 | i653 | 5356 |
|: -.6 56 i | ii56 | i653 | 5356 :|
.i ii- | i1 13 2 | -.2 32 1 | 1-12 |
|: 2113 | 3112 | 321- | 1-12 :|
.5 555 | 3235 |: 35 635 | 3235 :|
.6 66- | 12 32 12 6 |: 6i56 | 12 32 12 6 :|
.i ii- | ii 13 2 | -.2 32 1 | 1-12 |
|: 5312 | 1-12 :| .5 555 | 3235 |

Notasi lagu Lambang Sari :)

Lambang Sari

-22- | 2653 | 32123 | 5321 
-11- | 1121 | -1123 | 5321
1233- | 3323 | .5665 | 33212
.566- | 6i56 | -665 | i653
.6ii- | ii56i | -ii6 | iii6
i653 | 2212 | -11- |12312

Notasi lagu Timang Burung :)

Lagu Timang Burung merupakan lagu asas yang di ajar kepada pemain dengan menggunakan konsep asas “Generis Expression”. Biasanya pemain akan mula bermain dengan belajar mengetuk alat gamelan berdasarkan nota asas tersebut,

                   |  -   5  5  2  |  3 2  3  5   |  -  3  5  6  |  5  3  2  5  |
                   |  -   5  5  2  |  3 2  3  5   |  -  3  5  6  |  5  3  2  3  |
                   |  -   3  2  1  |  1  2  3  1  |  3  2  1  1  |  5  6  i  2  |
                   |  -   2  2  3  |  6 5  3  2   |  3  2  1  1  |  5  5  3  5  |

LIRIK LAGU TIMANG BURUNG

Lagu Timang Burung ini sangat popular dan boleh dikatakan lagu wajib di mainkan di upacara-upacara perkahwinan dan persembahan di sesebuah acara.

Timang-timang burungku sayang
Mari ku timang , mari ku dendang
Hati rindu pada cik abang
Siang malam terbayang-bayang

Timang burung,
Anak raja turun ke taman

Timang-timang burung terebang
Hinggap mari di dahan kayu
Wajah tuan terkenang-kenang
Tidur tak lena, makan tak lalu

Timang burung
Ala sayang si lambang sari

Anak merbuk, anak merpati
Turun mari di atas dahan
Abang seorang kekasih hati
Tiada yang lain darimu tuan

Timang burung,
Anak raja turun ke taman

Anak tiong terbang sekawan
Turun mari dahan berduri
Di angin lalu ku kirim pesan
Rindu ku tanggung seorang diri

Timang burung,
Ala sayang si lambang sari

Burung nuri terbang tinggi
Turun mari di atas dahan
Mari-mari kekasih hati
Aku rindu padamu tuan

Timang burung


Anak raja turun ke taman

Notasi lagu Lenggang Kangkung :)



Pengenalan tentang Gamelan :)

Nama gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat dari perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau “fixed tuning”. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. 
Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.


Alat-Alat Gamelan Malaysia


1.Bonang




Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitonic pentatonic'. Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi 'bonang' yang beroktaf rendah dikenali sebagai 'wedok'(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai 'lanang' (lelaki) mengikut bahasa Jawa.Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu).Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.
A [ 6 5 3 2 1 ]
--------------------
B [ 1 2 3 5 6 ]
Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tanga, masing-masing memgang alat pemukul.


2. Gambang



Not pada alat kenong: 
1 2 3 5 6 --------------------------

Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-not lagu Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.


3. Kenong


Kenong adalah sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong. 


4. Saron

Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang diperbuat daripada perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan. Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. 


i. Saron Demong



Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut.


ii. Saron Penerus

Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.


iii. Saron Pekin



Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau.


5. Gong




Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.


6.Gendang(The leader of music gamelan instruments)



Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.


Komposisi Gendang:
· Diperbuat daripada kayu,kulit binatang dan tumbuhan rotan.
· Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang cempedak.
· Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana besar.
· Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya, hinggga tinggal bahagian kulit batang setebal lebih kurang setengah inci.
· Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah dan dikecilkan sedikit dari bahagian tengah dan bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bahagian tengahnya.
· Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada kulit kambing, lembu atau kerbau.
· Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.
· Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan, manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan.
· Antara rotan -rotan ini dikaitsilangkan dengan tali rotan.Fungsi Gendang

Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.


Wednesday, August 19, 2015

Alat Muzik Tradisional :)


Tempura




Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.
Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.
Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Erh-Hu

Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.
Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.
Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.

Pipa

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Rehab

Pengenalan
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Sapeh

Pengenalan
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Fungsi
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.
Cara Bermain
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Satong

Pengenalan
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.
Fungsi
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.
Cara Bermain
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.

Sitar

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.
Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.
Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Sundatang

Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.
Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Venna

Pengenalan
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.
Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.
Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.

Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.